" BOSS SK MEDAN JAYA, MARANG, TERENGGANU "

Wednesday 19 June 2013

BILIK BOSS SK MEDAN JAYA TERBAIK DAERAH MARANG

SK Medan Jaya: Bilik BOSS SK Medan Jaya sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Pengurusan Bilik BOSS Terbaik Daerah Marang 2013. Anugerah ini diumumkan di dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2013 yang telah diadakan di Dewan Ibn Khaldun, SMKA Durian Guling pada 13 Jun lalu. Anugerah ini telah disampaikan Oleh YB Cikgu A Latiff b Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, merangkap ADUN Pengkalan Berangan.

Pihak Sekolah merakamkan ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua Guru-guru yang terlibat terutamanya Puan Guru Besar serta Jawatankuasa Pengurusan Bilik BOSS Sekolah.



PK KOKURIKULUM, ENCIK ROSLI BIN MAMAT SEBAGAI WAKIL MENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS TERBAIK DAERAH MARANG.


SK MEDAN JAYA GEMILANG..TAHNIAH!!

No comments:

Post a Comment