" BOSS SK MEDAN JAYA, MARANG, TERENGGANU "

Tuesday 23 April 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS BIL 1/2013 SK MEDAN JAYA

Pn Hjh Limah bt Mohd (Guru Besar Cemerlang)
Pn Hjh Rugayah bt Abu Bakar (GPK HEM)
Semua AJK SPBT
Semua Penasihat Kelab SPBT

Makluman kepada semua guru yang terlibat, mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 24 April 2013
Hari    : Rabu
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Bilik BOSS SK Medan Jaya

Kehadiran adalah diwajibkan. Terima kasih.


JK HEM Sekolah
SK Medan Jaya

Wednesday 17 April 2013

PENCALONAN BILIK BOSS TERBAIK DAERAH MARANG 2013

SK Medan Jaya, Marang : Bilik Operasi Skim Simpana Buku Teks (BOSS) SK Medan Jaya sedang melalui proses penilaian oleh Panel dari PPD Marang untuk pertandingan Bilik Boss Terbaik Daerah. Pegawai Penilai tersebut telah disambut mesra oleh Guru Besar Cemerlang SK Medan Jaya, Pn Hjh Limah bt Mohd, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Bustaman bin Rais, Guru Penolong Kanan HEM, Pn Rugayah bt Abu Bakar dan Setiausaha Bilik BOSS, Pn Zatil Armah bt Mustafa.

Pn Hjh Limah, Guru Besar Cemerlang SKMJ bergambar di Bilik BOSS

Semoga Bilik BOSS SK Medan Jaya menjadi contoh Bilik BOSS terbaik daerah Marang.

SK Medan Jaya Gemilang!




Tuesday 16 April 2013

KENALI BILIK OPERASI SKIM SIMPANAN BUKU TEKS (BOSS) SK MEDAN JAYA


CARTA ORGANISASI SPBT SK MEDAN JAYA

PENGERUSI
PN HJH LIMAH BT MOHD (P.P.N.)
GURU BESAR CEMERLANG


NAIB PENGERUSI
PN HJH RUGAYAH BT ABU BAKAR
GPK HEM

SETIAUSAHA
PN ZATIL ARMAH BT MUSTAFA

AHLI-AHLI JAWATANKUASA
PN FAUZIAH BT MOHD


PN RAMLAH BT A.RAHIM



PN RODHIAH BT TAIB




PN HJH NAJIBAH BT MD DAUD


PN SURATI BT IBRAHIM

 

CARTA ORGANISASI KELAB SPBT SK MEDAN JAYA



PENAUNG


PN HJH LIMAH BT MOHD (PPN)

GURU BESAR CEMERLANG


PENASIHAT

PN RODHIAH BT TAIB


PENGERUSI

ANIS SYAKIRAH BT SUMARDY


NAIB PENGERUSI

MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MUSTAFA


SETIAUSAHA

NUURIN AKMARINA SYABAANIAH BT ARIFFIN


BENDAHARI

MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMAD ZAWAWI


AHLI-AHLI JAWATANKUASA

MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR BIN ABDULLAH

HAZIQ NUR HAKIM BIN KADIR

NUR AIN SYUHADA BT A.NAWAWI

ADAM HAIKAL BIN KHAIRUDDIN

WAN ALIA SHAHIRAH BT WAN  SOZAINI

ALYAA BASYIRAH BT OSMAN


PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA SEMUA MURID SK MEDAN JAYA

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu memastikan semua murid di semua sekolah-sekolah di seluruh negara mendapat buku teks secara percuma, maka JK SPBT SK Medan Jaya telah menyempurnakan hasrat KPM dengan pengagihan buku teks kepada semua murid-murid sebelum bermula sesi persekolahan tahun 2013.


Pengagihan buku teks berjalan dengan lancar

Pihak sekolah khususnya melalui JK SPBT sekolah telah memastikan semua murid SK Medan Jaya  mendapat buku teks bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi tahun 2013.

Beratur dan tidak berebut-rebut, tahniah!
Murid-murid SK Medan Jaya juga menunjukkan disiplin yang tinggi semasa pengagihan buku teks iaitu dengan beratur dan tidak berebut-rebut untuk mendapatkan buku teks.

Murid-murid memastikan buku yang diterima berada dalam keadaan baik dan mencukupi.



Murid-murid juga diminta supaya memastikan buku yang diterima berkeadaan elok dan bilangannya mencukupi.


JK SPBT telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan buku-buku yang diagihkan berkeadaan baik dan dapat digunakan bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran didalam kelas. JK SPBT terbaik!!

PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN SPBT

PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT

  1. Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
  2. Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
  3. Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas.
  4. Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. Jangan rosakkan barkod buku.
  5. Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
  6. Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.
  7. Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.

PERATURAN PENGGUNAAN BOSS

  1. Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
  2. Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh dan penggunaan persendirian hendaklah direkodkan.Sebarang cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
  3. Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.
  4. Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru serta direkodkan.
  5. Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
  6. Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
  7. Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
  8. Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.
  9. Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.

TANGGUNGJAWAB GURU SPBT

  1. Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah
  2. Mengurus bilik BOSS
  3. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  4. Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT 1/1 A
  5. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
  6. Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
  7. Menjadi Penasihat Kelab  SPBT sekolah
  8. Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
  9. Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
  10. Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
  11. Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
  12. Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
  13. Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
  14. Menyelaras pengisian borang SPBT G
  15. Menguruskan pelupusan buku teks
  16. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  17. Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
  18. Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.
Sumber: http://spbtsmkbbb.blogspot.com/p/peraturan.html

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

PENGENALAN.

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • Kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan/serangga perosak
  • Kabinet/almari fail
  • Papan kenyataan
  • Kaunter
  • Peti Kecemasan

Sumber: http://www.moe.gov.my/bbt/spbt_bilikboss.php#

SELAMAT DATANG KE BLOG (BOSS) SK MEDAN JAYA, MARANG, TERENGGANU.


KATA-KATA ALUAN DARIPADA JK BOSS SK MEDAN JAYA


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabakaratuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana JK Bilik Operasi Skim Simpanan Buku Teks (BOSS) SK Medan Jaya telah berjaya mewujudkan satu blog untuk Bilik BOSS sekolah kami. Tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk berkongsi maklumat dan informasi kepada semua warga SK Medan Jaya mengenai SPBT, Visi dan Misi, Aktiviti-aktiviti berkaitan BOSS dan sebagainya. 

Harapan kami selaku JK BOSS ialah dengan kewujudan blog ini memberi manfaat kepada semua warga SKMJ, Insya Allah. Sebarang pertanyaan mahupun cadangan bolehlah dikemukakan kepada kami melalui email skmedanjaya@gmail.com.

Sekian terima kasih.
.
"SK MEDAN JAYA GEMILANG, PASTI TERBILANG"