" BOSS SK MEDAN JAYA, MARANG, TERENGGANU "

Wednesday 1 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

SK Medan Jaya: Tanggal 1 Januari 2014 membuka tirai dan Tahun 2013 melabuhkan tirainya. Sesi persekolahan 2014 juga bermula. Alhamdulillah, semoga tahun baru ini akan membuka lembaran baru dan  memberi semangat kepada semua warga SK Medan Jaya khususnya Jawatankuasa SPBT dan Bilik BOSS dalam memberikan khidmat terbaik kepada sekolah dan murid-murid di sini. 

GPK HEM : Encik Solahudin bin Sulong
2014 ini menyaksikan Naib Pengerusi SPBT telah diterajui oleh GPK HEM yang baru iaitu Encik Solahudin bin Sulong. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada En. Salahudin dan semoga JK SPBT sekolah akan terus gemilang di peringkat sekolah, daerah dan negeri, Insya Allah.

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS KEPADA SEMUA GURU DAN SELAMAT KEMBALI KEPADA SEMUA MURID SK MEDAN JAYA.


SK MEDAN JAYA GEMILANG!!

Wednesday 19 June 2013

BILIK BOSS SK MEDAN JAYA TERBAIK DAERAH MARANG

SK Medan Jaya: Bilik BOSS SK Medan Jaya sekali lagi mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai Pengurusan Bilik BOSS Terbaik Daerah Marang 2013. Anugerah ini diumumkan di dalam Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2013 yang telah diadakan di Dewan Ibn Khaldun, SMKA Durian Guling pada 13 Jun lalu. Anugerah ini telah disampaikan Oleh YB Cikgu A Latiff b Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, merangkap ADUN Pengkalan Berangan.

Pihak Sekolah merakamkan ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua Guru-guru yang terlibat terutamanya Puan Guru Besar serta Jawatankuasa Pengurusan Bilik BOSS Sekolah.



PK KOKURIKULUM, ENCIK ROSLI BIN MAMAT SEBAGAI WAKIL MENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN BILIK BOSS TERBAIK DAERAH MARANG.


SK MEDAN JAYA GEMILANG..TAHNIAH!!

Thursday 9 May 2013

OPERASI SPOT-CHECK BUKU TEKS TAHUN 1-TAHUN 6

SK Medan Jaya: Kelab Buku Teks SK Medan Jaya hari ini telah berjaya menjalankan aktiviti memeriksa buku teks murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam secara mengejut. JK SPBT iaitu Ustazah Rodhiah bt Taib telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti ini. Ini bagi memastikan semua buku teks yang dibekalkan berada dalam keadaan baik dan dibalut dengan menggunakan plastik. Aktiviti ini dijalankan sebelum tamat waktu persekolahan pada hari ini.

Semua murid diminta berkumpul di Dewan Sakinah

Ahli SPBT membuat pemeriksaan.

Tahun 1

Tahun 1
Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5
Tahun 6



Tahniah Kelab SPBT.. SK Medan Jaya Terus Gemilang!!

KELAB SPBT MEMPERKENALKAN PAKAIAN SERAGAM BARU

 SERAGAM BARU KELAB SPBT SK MEDAN JAYA



SK Medan Jaya: Jawatankuasa SPBT sekolah melalui Kelab Skim Pinjaman Buku Teks SK Medan Jaya telah memperkenalkan pakaian seragam baru kepada ahli kelab. Baju T berwarna tema sekolah iaitu merah dan kuning akan dipakai dalam setiap aktiviti dan perjumpaan yang melibatkan kelab.

Ahli Kelab SPBT bergambar dengan seragam baru masing-masing

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua JK dan Ahli Kelab SPBT!!

Tuesday 23 April 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS BIL 1/2013 SK MEDAN JAYA

Pn Hjh Limah bt Mohd (Guru Besar Cemerlang)
Pn Hjh Rugayah bt Abu Bakar (GPK HEM)
Semua AJK SPBT
Semua Penasihat Kelab SPBT

Makluman kepada semua guru yang terlibat, mesyuarat tersebut di atas akan diadakan sebagaimana butiran berikut :

Tarikh : 24 April 2013
Hari    : Rabu
Masa  : 10.00 pagi
Tempat : Bilik BOSS SK Medan Jaya

Kehadiran adalah diwajibkan. Terima kasih.


JK HEM Sekolah
SK Medan Jaya