Wednesday, 17 April 2013
Tuesday, 16 April 2013
CARTA ORGANISASI KELAB SPBT SK MEDAN JAYA
PENAUNG
PN HJH LIMAH BT MOHD (PPN)
GURU BESAR CEMERLANG
PENASIHAT
PN RODHIAH BT TAIB
PENGERUSI
ANIS SYAKIRAH BT SUMARDY
NAIB PENGERUSI
MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MUSTAFA
SETIAUSAHA
NUURIN AKMARINA SYABAANIAH BT ARIFFIN
BENDAHARI
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMAD ZAWAWI
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR BIN ABDULLAH
HAZIQ NUR HAKIM BIN KADIR
NUR AIN SYUHADA BT A.NAWAWI
ADAM HAIKAL BIN KHAIRUDDIN
WAN ALIA SHAHIRAH BT WAN SOZAINI
ALYAA BASYIRAH BT OSMAN
PENGAGIHAN BUKU TEKS KEPADA SEMUA MURID SK MEDAN JAYA
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu memastikan semua murid di semua sekolah-sekolah di seluruh negara mendapat buku teks secara percuma, maka JK SPBT SK Medan Jaya telah menyempurnakan hasrat KPM dengan pengagihan buku teks kepada semua murid-murid sebelum bermula sesi persekolahan tahun 2013.
| Pengagihan buku teks berjalan dengan lancar |
Pihak sekolah khususnya melalui JK SPBT sekolah telah memastikan semua murid SK Medan Jaya mendapat buku teks bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran bagi tahun 2013.
| Beratur dan tidak berebut-rebut, tahniah! |
Murid-murid SK Medan Jaya juga menunjukkan disiplin yang tinggi semasa pengagihan buku teks iaitu dengan beratur dan tidak berebut-rebut untuk mendapatkan buku teks.
| Murid-murid memastikan buku yang diterima berada dalam keadaan baik dan mencukupi. |
Murid-murid juga diminta supaya memastikan buku yang diterima berkeadaan elok dan bilangannya mencukupi.
JK SPBT telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan buku-buku yang diagihkan berkeadaan baik dan dapat digunakan bagi melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran didalam kelas. JK SPBT terbaik!!
PERATURAN-PERATURAN BERKAITAN SPBT
PERATURAN PENGGUNAAN BUKU SPBT
PERATURAN PENGGUNAAN BOSS
TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
- Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
- Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.
- Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas.
- Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. Jangan rosakkan barkod buku.
- Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
- Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.
- Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.
PERATURAN PENGGUNAAN BOSS
- Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
- Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh dan penggunaan persendirian hendaklah direkodkan.Sebarang cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
- Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.
- Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru serta direkodkan.
- Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
- Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
- Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
- Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.
- Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.
TANGGUNGJAWAB GURU SPBT
- Menjadi Setiausaha kepada AJK kelayakan murid, AJK Lembaga Pemeriksa Pelupusan buku teks sekolah
- Mengurus bilik BOSS
- Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
- Mengedar,mengumpul dan menyemak borang SPBT 1/1 A
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas buku teks
- Mengurus dan mengemaskini semua fail dan buku stok
- Menjadi Penasihat Kelab SPBT sekolah
- Menerima dan menyemak bekalan buku teks dan tandatangan Nota Serah
- Menghayati,mematuhi dan melaksanakan semua arahan buku teks
- Membuat permohonan keperluan buku teks SPBT
- Merancang dan mengurus baik pulih buku teks
- Menyediakan data enrolmen murid dan murid layak
- Melaporkan kepada GPK HEM/GPK/Penyelia petang masalah berkaitan buku teks
- Menyelaras pengisian borang SPBT G
- Menguruskan pelupusan buku teks
- Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
- Menguruskan gantian buku teks yang hilang/dirosakkan
- Memastikan buku SPBT dicop dengan cop SPBT dan dicatat tarikh penerimaan.
Sumber: http://spbtsmkbbb.blogspot.com/p/peraturan.html
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)
PENGENALAN.
Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.
Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.
Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :
- Rak buku
- Meja dan kerusi
- Kipas
- Alat Pemadam Api
- Kawalan haiwan/serangga perosak
- Kabinet/almari fail
- Papan kenyataan
- Kaunter
- Peti Kecemasan
Subscribe to:
Posts (Atom)